Monday, September 7, 2009

Desire - Kata kata kata


: INFO :

Desire merupakan sebuah kumpulan rock,berasal dari Kelantan.Pengasas bagi kumpulan Desire ini ialah Razli Hussain (pemain gitar utama) yang telah menubuhkan kumpulan ini pada tahun 1985. Kumpulan Asal Desire ini terdiri daripada Ranzmie (penyanyi), Razli (gitar), Eddie (bass) dan Ali (drum). Kumpulan Desire amat terkenal di negeri Kelantan pada era 80an dan merupakan juara dalam pertandingan Juara Rock Negeri Kelantan pada tahun 1985. Pada tahun 1986 Desire mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan Juara Juara Rock Malaysia (pada ketika itu kumpulan May menjadi juara.). Bagaimanapun Kumpulan Desire tidak berputus asa dan pada tahun 1987, kumpulan ini telah menjadi juara dalam pertandingan Juara-juara Rock Malaysia ke 2. Bertitik tolak dari situ syarikat Polygram telah berminat menawarkan peluang kepada kumpulan Desire untuk merakamkan album pertama.

Kata kata kata adalah album ke 3 Desire dihasilkan pada tahun 1990 dengan Eury Khan pula sebagai penyanyi utama.



1 comment:

  1. Salah seorang anggota asal telah tercicir iaitu pemain gitar kedua yang bernama saiful yazan zainal. Saiful pernah memenangi anugerah pemain gitar kedua terbaik semasa pertandingan tersebut.

    ReplyDelete